Harga minyak masak 5kg turun kepada RM31.50 bermula Sabtu ini

  • Post author:

Harga minyak masak tulen kemasan botol lima kilogram (kg) turun RM2 kepada RM31.50 berbanding RM33.50.

Penurunan harga tersebut akan bermula pada 8 Oktober hingga 7 November depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga baharu itu ditetapkan susulan harga purata minyak sawit mentah yang merekodkan penurunan.

Selain minyak masak botol 5kg yang diturunkan RM2, harga minyak masak botol 3 kg juga diturunkan RM1.20, iaitu daripada RM21.10 kepada RM19.90.

Untuk kemasan botol 2 kg pula, harga minyak masak tulen turun daripada RM14.30 kepada RM13.50, manakala untuk botol 1 kg turun daripada RM7.50 kepada RM7.10.

“Diharapkan penetapan harga baharu bagi minyak masak tulen kemasan botol berupaya memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Baca Juga: Kerugian jenayah siber cecah RM2 bilion

Baca Juga: Ramai tawar nak jadi kekasih, Hafiz Hamidun mahu lebih berhati-hati