Hempas murid hingga patah kaki, guru KAFA didakwa

Sebelum ini tular kes dimana seorang murid lelaki dihempas guru hingga patah kaki selepas terlambat mengambil Al-Quran. Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang hari ini.

Tertuduh, Ahmad Mursyidin Abdullah, 37, yang berasal dari Bukit Payong di sini membuat pengakuan tidak bersalah selepas dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda lapr Kosmo.

Menurut pertuduhan, dia didakwa mencederakan anak murid lelakinya yang merupakan murid tahun tiga dengan mengangkat dan menghempas mangsa ke atas kerusi kayu sehingga patah kaki kanan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah sekolah KAFA di Bukit Payung di sini pada pukul 4.15 petang, 6 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Baca Juga: Budak lelaki dihempas guru agama sehingga patah kaki, hanya sebab lambat ambil Al-Quran

Baca Juga: ‘Keluar rumah bungkus anak tu, jangan bagi orang nampak’