“Hmm..ingatkan anak Cina ni putih gebu. Hitam ikut mak dia” – Lelaki berang orang tak sensitif depan isteri

Isu anak Neelofa menunjukkan ramai tidak sensitif akan perasaan ibu dengan mengkritik anak yang tidak berdosa. Seorang lelaki berkongsi bagaimana anaknya dikatakan hitam hanya kerana tidak seputihnya yang berbangsa Cina dan lebih mengikut warna tona kulit ibunya yang berbangsa Melayu.

Lelaki tersebut berkongsi di Facebook Adam Kelvin, mengenai tetamu yang datang melawat isterinya selepas bersalin dan reaksi wajah mereka terus berubah.

“Hmm..ingatkan anak Cina ni putih gebulah. Hitam ikut mak dia.

“Kami datang jauh-jauh ni nak tengoklah kacukan anak Melayu Cina. Rupa Melayu laa.. ikut mak dia banyak daripada bapa. Lepas ni kena tukar nama Melayulah. Haha..”

Tak mahu terima orang melawat

Jelas kelihatan isteri Adam terasa dengan kata-kata orang yang datang melawat sehingga isterinya memaklumkan ibu untuk tidak menerima lawatan daripada orang.

“Jangan kata orang luar, saya sendiri pun isteri sampai terfikir yang saya tak akan sayang dan suka anak kami sendiri sebab warna kulit dan rupa berbeza. Kesan kata-kata orang tu sangat mendalam buatnya.

“Dalam otak dia fikir, saya akan biar dia membesarkan anak sorang-sorang tanpa saya sebab warna kulit anak hitam ikut dia. Tak nampak macam anak Cina pun.

“Saya macam terkejut. Memang betul masa lahir dulu, anak kami kurus kering sebab kuning lama dan diletakkan bawah lampu biru tu. Tapi saya tak pernah rasa tak suka ke apa. Tak pernah terlintas langsung,” katanya.

Adam tidak megendahkan isu warna kulit kerana baginya anak itu tetap darah daging jadi rasa sayang dan cinta tetap akan ada selamanya, tidak kiralah hitam atau putih kulit mereka.

So what kalau muka Melayu pun? Tak berdosakan? Dah wife saya Melayu. Takkan nak keluar macam Arab pula? Huhu.

“Bila jadi parents ni, baru saya faham bahawa anak sendirilah yang paling comel di mata ibu bapanya.”

Isu anak ini pastinya akan membuatkan ibu bapa menjadi lebih sensitif, ramai ibu bapa tak kisah jika mereka disakiti tapi jangan pernah sentuh isu anak tidak kiralah mereka orang terkenal atau orang biasa. Jadilah lebih sensitif.

“Kalau tak boleh bercakap baik, lebih baik diam.”

Baca Juga: Wanita pilih tak kahwin sebab nak sambung belajar, lelaki pula takut kos sara hidup tinggi

Baca Juga: Pelanggan AKSB ‘kena lipat’ patut bayar deposit RM400 lebih bukan RM1000, baki pula terus jadi sumbangan