“Ini marketing atau bodoh dia pekat likat sangat” – Perempuan pertahan ‘son’ tu adalah anak, tak ada jantina

  • Post author:

Tidak tahulah marketing yang menunjukkan diri bodoh adalah satu trend untuk cepat tular di media sosial atau sememangnya kurang ilmu di dada. Seorang wanita pertahan ilmunya mengenai perkataan bahasa Inggeris son yang membawa maksud anak dan bukannya anak lelaki.

Isu ini menjadi tular apabila ada yang membetulkan ayatnya dengan menyatakan son adalah anak lelaki dan daughter adalah anak perempuan tapi dibidas wanita tersebut.

“Tak, son tu maksudnya anak. Kalau anak lelaki dia jadi son boy, kalau anak perempuan dia jadi son girl“.

Komen netizen:

“Ni contoh perempuan dah salah pun nak betul. Sesama dia pun nak menang so orang lelaki tak payahlah bergaduh dengan pompuan. Penat weiii,” komen Miza Zaki.

“Ini marketing atau bodoh dia pekat likat sangat?” komen Farahiyah

“Cakap son dengan girl pun macam apa. Nak gaduh lagi son tu anak, buat malu je buat live tunjuk kebodohan,” komen Solehah.