Sempena Fiesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil 2022 bermula Rabu hingga Sabtu ini, Jalan Raja akan ditutup.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan, jalan berkenaan akan ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 10 malam pada Rabu hingga 4 pagi Sabtu.
“Penutupan Jalan Raja bermula dari persimpangan Jalan Tun Perak/Jalan Tuanku Abdul Rahman sehingga ke persimpangan Jalan Raja/Jalan Leboh Pasar Besar,” katanya menerusi satu kenyataan.
Menurut Noor Dellhan, pengguna jalan raya dari arah Jalan Tuanku Abdul Rahman menuju ke Jalan Kinabalu boleh melalui bulatan Dato Onn untuk ke Jalan Kinabalu.
“Pengguna jalan raya dari Jalan Sultan Hishamuddin boleh melalui Jalan Leboh Pasar Besar untuk ke Jalan Tun Perak dan seterusnya ke Jalan Raja Laut,” katanya lagi.
Beliau berkata, semua pengunjung ke fiesta terbabit dinasihatkan tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan sekitar Dataran Merdeka sehingga boleh menyebabkan gangguan kepada lalu lintas.
“Orang ramai juga diminta untuk mematuhi arahan pegawai polis yang bertugas di lokasi bagi memastikan kelancaran aliran trafik ketika program ini berlangsung,” ujarnya.
Baca Juga: 600 android box dirampas, langgar hak cipta
Baca Juga: Bukan biasa-biasa, anak ini hantar ibunya sambung Master