Bayi mempunyai imunisasi yang lebih rendah berbanding kita yang sudah dewasa, maka amat senang untuk mereka dijangkiti penyakit. Bekas pengacara Meletop, Neelofa menasihati orang ramai untuk tidak sewenangnya mencium bayi orang untuk mencegah anak kecil ini daripada dijangkiti sebarang penyakit.
Neelofa, 33, menegaskan perkara sebegitu harus dipraktikkan demi menjaga kesihatan bayi tersebut dan bukan sengaja tidak membenarkan orang untuk mencium anak kecil lapor Kosmo.
“Jangan cium bayi orang lain. Cium anak sendiri boleh
“Jangan terasa kerana itu semua demi kesihatan si kecil,” katanya dalam satu hantaran InstaStory.
Bimbang lihat Bilal disentuh orang lain
Pengacara program Next To Neelofa itu turut mengakui risau apabila melihat anaknya, Muhammad Bilal yang kini berusia 10 bulan disentuh individu lain.
“Kadang-kadang apabila tengok orang luar memegang pipi anak sendiri pun, saya sudah rasa tak boleh bernafas.
“Apatah lagi jika mencium Bilal. Ummi dia menjerit tidak berlagu,” katanya lagi.
Dalam perkongsian pertama, dia turut mengulang siar sebuah video yang berkongsi mengenai sebab orang ramai tidak memegang bayi milik orang lain sesuka hati.
Antaranya ialah Jangkitan pernafasan Respiratory Syncytial Virus (RSV) adalah penyakit yang akan menjejaskan paru-paru dan sistem badan lain.
Baca Juga: Bayi lahir dengan tumor dua kali ganda lebih besar selamat jalani pembedahan