Jemaah masjid, surau di Perak tidak wajib pakai pelitup muka

  • Post author:

Umat Islam di Perak tidak lagi diwajibkan memakai pelitup muka di masjid dan surau di seluruh negeri itu, berkuat kuasa semalam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, kesemua jemaah masjid atau surau sebaliknya diberi pilihan sama ada mahu memakainya atau tidak.

“Ketetapan itu telah mendapat perkenan Sultan Perak dan selari dengan kelonggaran prosedur operasi standard ( SOP) pencegahan Covid-19.

“Bagaimanapun, individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas serta kanak-kanak digalakkan memakai pelitup muka,” katanya.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan semalam.

Baca Juga: Wanita menyamar sebagai pegawai kanan KDN, siap buat video lagi

Baca Juga: Netizen mual bila nampak haiwan tak diundang dalam makanan