Asyik terima rungutan daripada jiran mengenai anaknya yang dikatakan bising pada tengah malam, pemilik rumah menghantar bukti rakaman yang menunjukkan ‘bayi’ daripada alam lain yang sedang buat bising.
Rakaman tersebut adalah dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pemilik rumah tersebut. dilihat seperti ada makhluk berupa bayi sedang merangkak ke seluruh rumah dan tiada manusia ketika ia berlaku, kejadian dikatakan berlaku di Padang Jawa, Klang.
Malah, rakaman itu dikongsikan selepas difahamkan bahawa jiran kepada pemilik rumah tersebit sering merungut yang mendakwa anaknya sering berbuat bising terutamanya pada waktu tengah malam. Tapi bila dilihat memang ‘anak’ tapi dari alam lain.
Antara komen netizen
Netizen turut berkongsi pengalaman seram mereka mendengar bunyi-bunyi di rumah mereka sampai rasa meremang bila melihat video tersebut.
Baca Juga: Gara-gara berpakaian perempuan, 20 lelaki ditahan di pusat hiburan