Jiran datang nak pinjam pam racun tapi jumpa mangsa berlumuran darah

  • Post author:

Seorang lelaki terkejut apabila menemui jiran yang berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa ketika pergi ke rumahnya untuk meminjam pam racun. Kejadian dikatakan berlaku di hadapan sebuah rumah di Kampung Merua, Perak.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu melalui Balai Polis Parit pada pukul 11.15 pagi dan terus ke lokasi kejadian lapor Utusan.

“Bertindak atas maklumat, saya dan pasukan polis ke lokasi dan didapati seorang lelaki terlentang di hadapan rumah dengan mempunyai kesan nyata luka pada leher atas hadapan.

“Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 58 tahun dan tinggal berseorangan di kediamannya dan belum berkahwin,” katanya kepada kepada pemberita di lokasi kejadian di sini.

Siasatan awal mendapatai kejadian berlaku di antara pukul 6.30 petang ketika kali terakhir dia dilihat penduduk kampung sehingga 10.30 pagi ketika jirannya datang ke rumah.

“Kali terakhir mangsa dilihat ialah pada jam 6.30 petang semalam ketika berdiri di luar rumah melaung dan melambai seorang penduduk kampung yang melalui jalan berhampiran kediamannya,” katanya.

Barudin berkata, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan pihak polis menolak kemungkinan rompakan memandangkan wang tunai mangsa tidak diusik selain keadaan rumah yang kemas dan teratur.

Kes diklasifikasi dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk bedah siasat.

Baca Juga: Lepas ini kalau nak karaoke di Kelantan, pastikan tutup aurat dengan sempurna

Baca Juga: Tak sangka jadi keldai akaun tanpa sedar lepas cagar kad bank untuk pinjam duit