Kanak-kanak dibaham buaya belum ditemui, SAR diteruskan

  • Post author:

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak yang dibaham buaya berhampiran Pangkalan Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu semalam, diteruskan hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, operasi mencari disambung semula jam 7 pagi tadi selepas operasi SAR ditangguh pada petang semalam.

“Operasi SAR hari kedua dimulakan dengan kaedah pencarian di permukaan atas air menggunakan bot penyelamat di lokasi kejadian.

“Mangsa yang dipercayai dibaham buaya belum ditemui. Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian jam 10 pagi semalam, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu hilang dilarikan buaya selepas diserang reptilia berkenaan di lokasi kejadian.

Bapanya pula parah dengan kecederaan di beberapa bahagian badan dan kepala akibat digigit buaya ketika cuba menyelamatkan anaknya.

Baca Juga: Kasih seorang adik, sanggup kumpul duit 12 tahun untuk lihat abangnya kahwin

Baca Juga: [VIDEO] Gadis ini terlalu pantas tekan kalkulator, netizen seloroh risau jari dia pula patah nanti