Kehilangan orang tersayang, tiga penyanyi gantikan Dina untuk persembahan GV9

Baru sahaja kehilangan ayahanda tersayang, penyanyi Dina Nadzir tidak dapat melakukan persembahan di pentas Gegar Vaganza 9 namun dek kuatnya semangat rakan-rakan, Tom, Shila Amzah dan Jaclyn Victor menggantikan Dina untuk menyanyikan lagu tugasannya.

“Terima kasih kerana mengisi kekosongan (Dina) pada malam ini,” demikian kata pengacara Nabil Ahmad usai tiga penyanyi wanita itu menyanyikan lagu Januari dendangan asal Glenn Fredly.

Dina kehilangan bapa tersayang disebabkan komplikasi paru-paru sekali gus tidak dapat beraksi malam tadi. Allahyarham Mohd. Nadzir Gulam, 64, pulang ke negeri abadi kira-kira pukul 10 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.

Petang tadi, pengurus Dina iaitu Mickey mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru lapor Kosmo.

Menurutnya, Dina bersama-sama ahli keluarga yang lain sempat berada di sisi Allahyarham sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

“Arwah memang mempunyai penyakit kanser. Baru-baru ini, dia dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu kerana mengalami kegagalan paru-paru,” ujarnya.

Sehubungan itu, Dina tidak dapat beraksi pada konsert GV9 minggu keenam bagi menghormati pemergian ayahandanya dan menguruskan urusan pengebumian.

Baca Juga: Permohonan ke universiti gagal, Nora restu anak jadi penyanyi warisi bakat arwah suaminya

Baca Juga: “Boleh tak nak pulangkan semula suami pada mak dia?”-Isteri penat rasa diperguna walhal gaji sama banyak