Semakin banyak kes penceraian berlaku bukan sahaja dikalangan artis tapi juga orang biasa di Malaysia ini. Terbaru pelakon, Nad Zainal mengesahkan sudah berpisah dengan suami selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.
Pelakon Dendam Seorang Isteri, Farah Nadia Zainal Abidin mengakui, ikatan perkahwinan sudah terlerai. Namun enggan mendedahkan tarikh berpisah dengan Muhammad Faliq.
Dalam nada tenang dengan penuh emosi, Nad berkata, keputusan berpisah bukan perkara mudah namun hubungannya dengan bekas suami masih baik dan masih meneruskan persahabatan demi anak-anak.
“Iya, kami sudah bercerai, baru-baru ini. Keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat.
“Kami masih berkawan baik demi anak-anak,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Tidak mahu ulas mengenai sebab penceraian
“Cukup dikongsi status terkini. Saya perlu menjelaskannya agar tidak mengundang fitnah.
“Apa yang lebih utama, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua cahaya mata serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal,” katanya.
Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1.
Baca Juga: Jaga aib suami 4 tahun, Puteri Sarah mahu pertahankan haknya sebagai isteri
Baca Juga: Jangan serkap jarang, penjawat awam pun bayar cukai, bukan penjawat swasta sahaja