Kereta baru boleh beli tapi tak mampu nak bayar tol, netizen perli pemandu Proton X50

  • Post author:

Sebagai pemilik kenderaan anda tidak hanya membayar bulanan kereta anda tapi anda juga perlu bayar tol seperti pengguna lain dan tidak lari dengan mengikut rapat kenderaan di hadapan anda untuk mengelak pembayaran di tol.

Hasil usaha mengesan penceroboh tol yang dijalankan secara kerap, beberapa kenderaan telah berjaya ditahan di Plaza Tol Dato Keramat, Lebuhraya AKLEH malam tadi.

Info ini dikongsikan di Twitter rasmi Prolintas Akleh mengenai sebuah kenderaan Proton X50 yang mempunyai tunggakan sebanyak RM57.50, pemandu disuruh membayar amaun kerugian pada masa dan di lokasi yang sama.

PROLINTAS terus giat menjalankan operasi mengesan penceroboh tol melalui pasukan operasi lebuh raya bagi menahan pengguna tidak bertanggungjawab agar melangsaikan tunggakan bayaran tol.

Antara Komen netizen:

“Amaun kerugian telah dikembalikan pada masa dan lokasi sama. Patut kena denda sekali la. Kurang-kurang dua kali ganda,” komen Izham.

“B40 pakai kereta T20 mcm ni la,” komen Acab.

“Kereta baru boleh beli tapi tak mampu nak bayar tol,” komen Firdaus.

Baca Juga: 2 PPS dibuka di Klang

Baca Juga: ‘Untung secupak rugi segantang’, terima suapan RM400 tapi kena denda RM3,000