Ketagih berkahwin sampai sukar tidur, ‘Raja Playboy’ kahwin 87 kali

Semua bermimpi untuk berkahwin sekali seumur hidup namun buat lelaki dari Indonesia, berusia 61 tahun yang bernafsu tinggi ini, dia sanggup bernikah 87 kali hanya kerana dia menolak untuk melakukan zina dan mahu hubungan yang halal.

Lelaki tersebut juga digelar ‘Raja Playboy’ kerana menikahi 46 anak dara dan 41 lagi wamita yang sama umur atau lebih tua daripadanya. Kaan dikatakan berkahwin buat pertama kali pada usia 14 tahun dengan gadis yang dua tahun lebih tua daripadanya lapor Detik.

Namun perkahwinan yang dibina tidak tahan lama dan ada antarana yang hanya bertahan selama beberapa minggu sahaja. Tidak mahu terjerumus dalam dosa kerana berzina, dia lebih rela bernikah dengan wanita yang dia mahukan.

“Selain itu, saya ada nafsu berahi yang tinggi, tapi saya mahukan hubungan yang sah. Saya tak suka mainkan perasaan perempuan, apatah lagi anak orang. Daripada melakukan perkara yang tak senonoh, lebih baik saya menikah.”

Ketagih berkahwin sampai sukar tidur

Bercerita lebih lanjut, caranya menarik perhatian wanita adalah berdasarkan ayat-ayat manis dan selama berkahwin Kaan dikurniakan 7 orang anak perempuan daripada 6 ibu berlainan.

Dalam pada itu, Kaan mengakui perbuatan yang dilakukan adalah contoh yang tidak baik dan menjadi seolah-olah ketagih dengan perkahwinan membuatkan dirinya tiada selera makan serta sukar untuk tidur.

Baca Juga: “Nasib mengidam nak pegang memerang kak, bukan harimau” – netizen seloroh kepada akak mengandung

Baca Juga: Che Lah isi borang sebagai calon Umno selepas tidak dicalonkan Pas, kata aktivis Umno