KPDNHEP, MAFI tangani masalah kurang ayam, telur

  • Post author:

Sesi libat urus bersama penternak ayam akan diadakan bagi meningkatkan pengeluaran telur yang kini sukar didapati di pasaran.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, sesi libat urus tersebut akan turut melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Veterinar.

Katanya, perkara itu bagi mengenal pasti permasalahan dihadapi penternak berikutan kekurangan bekalan telur ayam dan bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Telur ini kita dapat maklumat ada berlaku kekurangan bekalan, dan pemantauan sedang dibuat secara berterusan. Namun kita akan adakan sesi libat urus dengan penternak untuk tingkatkan pengeluaran bekalan telur.

“Kita juga akan lakukan penguatkuasaan, jika terdapat mana-mana pihak yang didapati melakukan perbuatan menyalahi undang-undang (seperti menyorokkannya bekalan), kita akan kenakan tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Tahun 2022 dan Pelancaran Penandaan Logo Barangan Malaysia yang diadakan di pusat beli belah Angsana Johor Bahru Mall, semalam.

Baca Juga: Dakwa makanan dimasak kotor, CCTV restoran ini ‘kantoikan’ taktik wanita yang ingin makan percuma

Baca Juga: Wajib samak, sertu atau tidak jika beli barangan terpakai dari ‘non muslim’, ini jawapannya…