Seorang lelaki paling tua di Jepun dikenali sebagai Mikizio Ueda, meninggal dunia pada usia 112 tahun.
Perkara tersebut dinyatakan kerajaan tempatan di Nara, hari ini.
Untuk rekod, negara matahari terbit itu memiliki rakyat yang mempunyai jangka hayat tertinggi di dunia.
Sebelum ini , Rekod Dunia Guinness pernah mengiktiraf beberapa individu di Jepun sebagai antara manusia paling tertua di dunia.
Lelaki warga Jepun, Jiroemon Kimura meninggal dunia pada usia 116 tahun dan 54 hari, pada Jun 2013.
Manusia tertua yang pernah direkodkan pula adalah seorang wanita, bernama Kane Tanaka.
Usia beliau mencapai 119 tahun, dan meninggal dunia pada 19 April lepas, di wilayah Fukuoka.
Dengan kematian ini, individu tertua yang masih hidup di Jepun pada ketika ini ialah Fusa Tatsumi.
Tatsumi kini berusia 115 tahun dan merupakan individu dari Osaka.
Baca Juga: Pakai baju sama dikatakan bercinta, Shuib dikaitkan dengan wanita lain pula
Baca juga: Gaduh manja, Nabila tak padam gambar suami, tapi arkib sahaja