Letupkan bom di pusat beli-belah, suspek wanita mengaku bersalah

Insiden pengeboman di pusat beli-belah di Istanvul, Turkiye telah mengorbankan enam nyawa. Satu video menunjukkan seorang wanita, Ahlam Albashir diberkas dan digari selepas polis menyerbu pangsapurinya.

Suspek insiden pengeboman di Istanbul, Turkiye, mengaku meletupkan bom dalam serangan itu yang mengorbankan enam nyawa, lapor akhbar The Sun semalam.

Dia dilihat meniarap di atas lantai ketika anggota polis mengacukan pistol ke arahnya lapor The Sun semalam.

Terdapat rakaman daripada sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan wanita tersebut melarikan diri daripada tempat kejadian sambil memegang sekuntum mawar merah beberapa saat sebelum bom meletup.

Polis Turkiye kini menamakan warga Syria itu sebagai suspek, yang didakwa telah dilatih menjadi pegawai risikan oleh Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu berkata, seorang suspek kini dalam tahanan serta menyalahkan kumpulan militan Kurdish sebagai dalang serangan terbabit.

Polis berkata, ia telah menahan 47 suspek termasuk individu yang meletupkan bom tersebut dan memaklumkan suspek yang meletupkan bom telah ditahan oleh Direktorat Awam Keselamatan.

Enam orang maut manakala sekurang-kurangnya 81 yang lain cedera dalam letupan tersebut yang berlaku di kawasan beli-belah yang menjadi tumpuan pelancong di Istanbul, Istiklal Avenue. – Agensi

Baca Juga: PRU-15: Apa itu Pelan Alor Gajah Berwibawa?

Baca Juga: Mengapa belia wajib undi PH? Ini perbandingan manifesto dengan PN, BN