TikTok telah menjadi satu landasan buat anak muda yang mahu mengisi masa terluang dengan melihat video dan tak kurang juga ramai mla berniaga secara live di TikTok. Namun itu bukanlah menjadi pembuka jalan buat mereka yang dengan sengaja menghina penguat kuasa.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata suspek berusia 22 tahun itu ditahan di Permas Jaya di sini, Rabu lalu, selepas polis menerima maklumat berhubung video tular itu pada jam 5 petang hari sama.
Katanya, tajuk kandungan video terbabit secara langsung menjadi satu penghinaan kepada polis lapor Berita Harian.
“Hasil tangkapan, polis merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memuat-naik video itu di aplikasi TikTok.
“Suspek dipercayai berbuat demikian dengan alasan mengejar populariti,” katanya.
Raub berkata, kes disiasat mengikut Kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1988.
Katanya, polis menasihati pengguna media sosial tidak sewenang-wenangnya memuat naik video dengan kandungan yang boleh menimbulkan kebencian masyarakat terhadap penguat kuasa.
Baca Juga: Tidak wajib pakai pelitup muka di masjid, surau – JAWI
Baca Juga: Peniaga dakwa ditipu hidup-hidup, bayar tapak RM1,200 tapi tanah berlopak, pengunjung tak ada