Majlis kesyukuran selalunya teatamu dihidangkan dengan makanan tetapi lain pula yang terjadi di Sulawesi Tenggara, majlis kesyukuran dilihat unik apabila penganjur melemparkan wang 50 ribu rupiah (RM15) kepada orang ramai yang hadir.
Menerusi video berdurasi 35 saat itu, individu yang disahkan sebagai Pengarah Bank Sulawesi Tenggara, Abdul Latif dilihat menari dan menyanyi di atas pentas sambil memegang helaian wang kertas bernilai 50 ribu rupiah (RM15).
Turut berjoget di bawah pentas adalah sekumpulan wanita yang berebut ‘menangkap’ wang yang dilemparkan Abdul Latif lapor laman berita Suara semalam. Dapat dilihat para lelaki ada yang menolak secara kasar untuk mengambil duit yang jatuh di lantai tersebut.
Menurut Abdul Latif, aktiviti itu sebagai bentuk kesyukuran atas kejayaan pelaksanaan beberapa aktiviti oleh bank berkenaan termasuk menjadi tuan rumah Tabungan Simpanan Pembangunan Daerah (Simpeda) Kebangsaan. – Agensi
Baca Juga: Lelaki ini beri ‘tip’ kepada pekerja restoran, terkenang kerja dahulu