Netizen berang trak pikap halang ambulan, rupa-rupanya pemandu tu pegawai polis

  • Post author:

Satu rakaman yang tular di Thailand telah menimbulkan kemarahan netizen apabila masih ada segelintir pihak yang menghalang laluan ambulan yang sedang membawa pesakit.

Lebih mengejutkan pemandu trak pikap tersebut adalah seorang pegawai polis berpangkat Kapten di Balai Polis Dan Khun Thot lapor Thaiger.

Netizen merasa lega apabila pemandu tersebut didenda sebanyak 500 baht (RM62.85) kerana melanggar Akta Trafik Jalan Raya (1979).

Bawa warga emas yang sudah tidak sedarkan diri

Menceritkan kembali pengalaman tersebut, pemandu ambulan yang juga anggota sukarelawan dari Yayasan Sawangwitcha Dhammasathan, Worawut Naebchid memaklumkan dia dalam keadaan kecemasan.

Pada pagi Ahad lalu, seorang wanita warga emas berusia 72 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri di Kampung Ban Khok Sanga.

Walaupun penyelamat sudah bergegas namun angotanya masih tidak dapat menyedarkan wanita tersebut maka dia perlu dibawa ke hospital dengan segera.

Dihalang trak pikap

Namun dalam perjalanan, ambulans yang dipandunya dihalang oleh trak pikap Ford walaupun dia menghidupkan siren dan lampu kecemasan berhampiran Pasar Segar Mittraphap.

Trak pikap itu berhenti di lampu merah dan ia turut menyebabkan ambulans tersebut tidak dapat meneruskan perjalanannya.

Pemandu tersebut telah membuat pengumuman untuk berikan laluan kerana ada pesakit kritikal namun tidak diendahkan.

Baca Juga: Bomba bantu angkat remaja 110 kg ke kediaman di tingkat 4 

Baca Juga: ‘Tweet’ tular bukan dimuat naik akaun rasmi Perdana Menteri – JPM