Ngeri! Remaja hilang sebelah paru-paru selepas tercampak daripada permainan ‘wave swinger’

  • Post author:

Kegembiraan bertukar tragedi. Seorang remaja lelaki di Filipina terpaksa bergantung kepada hanya satu paru-paru selepas tercampak ketika bermain ‘wave swinger’ di pesta Halloween 1 November lepas.

Difahamkan, mangsa bermain wave swinger iaitu buaian berpusing laju di Bandar Urdaneta. Permainan terbabit dilihat berputar dengan laju diikuti dengan jeritan kegembiraan orang yang bermain permainan itu.

Namun kegembiraan terhenti apabila Salah seorang daripada mereka melayang dari tempat duduk Dan merempuh satu set grill keluli.

Pengunjung yang juga berada di tempat kejadian bergegas membawa mangsa ke hospital berdekatan kerana mengalami kecederaan yang sangat serius.

Buang paru-paru yang rosak

Menurut ibu remaja berkenaan, mangsa terselamat, namun terpaksa menjalani rawatan pneumonektomi untuk membuang salah satu paru-parunya yang rosak.

“Doktor memberitahu anak saya kini perlu lebih berhati-hati kerana dia mempunyai satu paru-paru sahaja.”

Berang anak dituduh sengaja buka kunci

“Kenapa pula dia nak buat macam tu sedangkan permainan tersebut sedang berpusing dengan laju.”

Pegawai polis Pangasinan, Mejar Jeneral Polis Ria Tacderan berkata, pihak polis masih menyiasat insiden berkenaan dan terdapat beberapa persoalan yang tidak dapat dirungkai.

“Masalah yang kami alami adalah tidak dapat pastikan sama ada terdapat atau tidak pihak yang memeriksa tunggangan itu sebelum ia digunakan.”

Susulan daripada kejadian itu, permainan wave swinger sudah tidak beroperasi sementara siasatan masih berjalan.

Pihak polis boleh menarik balik dan membatalkan permit mereka jika terdapat sebarang pelanggaran keselamatan berlaku.

Baca Juga: Dapat gaji awal sempena PRU 15, untunglah penjawat awam dan pesara kerajaan

Baca Juga: Lelaki temui ajal tak sempat mengelak lembu sedang tidur atas jalan