Lilin adalah antara barang yang perlu ada di setiap rumah terutamanya ketika ketiadaan sumber elektrik.
Biasanya, kita tengok orang letak lilin atas meja atau di mana-mana permukaan yang selamat, kan?
Tetapi, seorang lelaki di negeri Idaho, Amerika Syarikat melakukan sesuatu di luar kebiasaan dengan menyalakan 150 batang lilin di dalam mulutnya selama 30 saat.
Menurut laporan agensi berita United Press International, ia sekali gus memecahkan Guinness World Records.
Lelaki yang dikenali sebagai David Rush itu, telah memecahkan hampir 250 rekod dunia bagi mempromosikan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Rush berkata, dia sebelum ini cuba mencipta rekod berkenaan pada Disember tahun lepas, tetapi gagal disebabkan beberapa lilin terkeluar daripada mulutnya.
“Berat kesemua lilin ini amat menekan diri saya. Saya juga mengeluarkan air liur selama lebih 10 minit yang membuatkan lilin-lilin tersebut menjadi licin di dalam mulut.
“Hanya selepas 5 saat, saya sudah boleh merasa lilin-lilin tersebut mula tergelincir, jadi saya terpaksa mencengkam dan menggigit dengan lebih kuat bagi mengelakkannya daripada terjatuh,” kata Rush yang menceritakan keadaannya.
Tambah lelaki itu, dia turut memakai alat perlindungan mata ketika melakukan cubaan rekod itu, namun tetap bergelut dengan asap yang terhasil serta keadaan lilin yang menjadi licin.
Menerusi percubaan tersebut, Rush berjaya memecah rekod yang dipegang seorang lelaki dari negeri Carolina Utara, Garrett James, yang menyalakan 105 batang lilin di dalam mulutnya pada tahun lalu.
Baca Juga: Dalam majlis ilmu pun cari dosa, lelaki kantoi main judi atas talian dalam masjid
Baca Juga: Kipas sekolah jatuh atas anak, bapa terkilan pihak sekolah tak bagi rawatan segera