Pengendali pengangkutan awam, Rapid KL mengumumkan pelanjutan masa operasi Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Bukit Jalil sehingga jam 1 pagi sempena aksi final Piala FA 2022 malam ini.
Dengan itu, penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir ini tidak perlu bimbang kerana Rapid Rail bersetuju untuk melanjutkan tempoh operasi LRT.
“Sempena Perlawanan Akhir Piala FA 2022, Rapid KL melanjutkan perkhidmatan LRT di Stesen Bukit Jalil sehingga jam 1 pagi! Sila gunakan Kad TNG & pastikan anda mempunyai baki yang mengcukupi,” tulis laman itu di Facebook malam tadi.
Sementara itu, dilaporkan tambahan tren juga akan disediakan bagi keselesaan penumpang sejurus selepas tamat perlawanan antara TFC dan JDT.
Penumpang boleh meneruskan perjalanan ke LRT Laluan Kelana Jaya dengan mendapatkan tren di stesen pertukaran Masjid Jamek dan Putra Heights. Bagi yang ingin pulang dan meneruskan perjalanan ke Laluan MRT, mereka boleh mendapatkan tren di Stesen Plaza Rakyat.
Penyokong JDT digalakkan meletakkan kenderaan di Park & Ride di stesen LRT Putra Heights (yang mempunyai 452 lot parkir) manakala penyokong TFC disarankan meletakkan kenderaan di Park & Ride di Stesen LRT Gombak (1,260 lot parkir) bagi memudahkan pergerakan ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
Rekod kemenangan 17-3 JDT ke atas TFC dan 6 kali seri sepanjang 27 pertemuan yang lalu tidak lagi boleh dijadikan sandaran.
Prestasi semasa kedua-dua pasukan JDT dan Terengganu FC pada perlawanan sebelum ini menggambarkan ‘pertempuran’ sengit bakal berlaku malam ini.
Baca juga: Nama digugurkan daripada drama swasta, ibu bimbang kerjaya Puteri Balqis terjejas
Baca juga: Guna lorong kanan walaupun tahu kenderaan berat, 30 pemandu disaman