Pakai baju sama dikatakan bercinta, Shuib dikaitkan dengan wanita lain pula

Nama Shuib sering dikaitkan dengan wanita yang dikatakan bakal menjadi isteri barunya. Kali ini terpalit pula nama seorang usahawan bernam Watie Hanifiah yang dikatkan dengan Shuib hanya kerana berpakaian dalam tona sama.

Sebelum ini, penyampai radio Suria FM, Shuib mengakui sedang mengenali seseorang namun hubungan belum di tahap serius dan pastinya netizen akan cuba mengorek siapakah wanita yang berjaya menambat hati Shuib.

Menerusi sebuah video di TikTok, pemilik akaun @farahana2506 menggabungkan gambar Shuib dan Watie mengenakan warna pakaian yang sama.

Pada konsert Anuar Zain dan Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 yang diadakan Ogos lalu, Shuib dan Wanie dilihat sedondon mengenakan warna kuning mustard.

Tidak cukup dengan itu, Shuib dan Watie memakai jaket berwarna hitam ketika konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 pada Jumaat. Ada yang mendakwa kedua-duanya duduk bersebelahan ketika menonton konsert.

Komen netizen:

komen mengenai wanita yang dikatakan suri hati shuib

Baca Juga: Gaduh manja, Nabila tak padam gambar suami tapi arkib sahaja

Baca Juga: Sultan Selangor titah berhenti tohmah sistem kehakiman, kuasa pengampunan tidak boleh dilaksana demi kepentingan pihak tertentu