Membuat sesuatu lain daripada yang lain!
Itu yang dilakukan sepasang pengantin di daerah Chikasi, Bangladesh yang memilih buku sebagai mas kahwin pada hari pernikahan mereka, baru-baru ini.
Menurut laporan media, pengantin lelaki, Nikhil Nuashad bersetuju menyerahkan 101 naskhah buku kepada pasangannya, Shantana Khatun sebagai mahar.
Hantaran mas kahwin itu menjadi bualan tetamu dan penduduk kampung kerana kebiasaannya ia melibatkan emas, wang atau keperluan wanita.
Selain buku, Shantana turut menerima pin hidung, cincin dan 70 buah buku bernilai 11,000 taka (RM485).
Pasangan pengantin baharu itu jatuh cinta menerusi penulisan puisi ketika mereka menuntut di sebuah kolej kerajaan.
Baki 31 buku lagi akan dibayar dan diserahkan secara berperingkat.
Baca Juga: Buat perniagaan mesin layan diri, Zul Ariffin jumpa rumah 5km dari Masjidil Haram
Baca Juga: ‘Kunci kuning’ disangka pisang