Biasanya kita tengok sesetengah orang menyambut anniversary mereka di hotel, restoran mahal mahu pun di luar negara.
Semuanya dibuat demi menghargai pasangan yang sudah bertahun-tahun lamanya hidup bersama dengan kita.
Susah senang, pahit manis dikongsi bersama, itulah namanya kehidupan berumah tangga.
Namun, baru-baru ini tular satu video memaparkan sepasang suami isteri di Indonesia menyambut ulang tahun perkahwinan mereka dengan cara yang ‘unik’.
Lelaki yang bernama Ary Ruswandi itu berkongsi video ‘sweet‘ mereka yang ketika itu berada di tepi pantai.
Dalam video berdurasi 26 saat itu, dia bersama isteri berjalan di atas pasir yang tertera angka setiap tahun yang telah mereka lalui.
Angka tersebut sebagai simbolik usia perkahwinan mereka sehingga ke hari ini.
“Siap melangkah? Siap!” ujar mereka dalam video tersebut.
Di akhir video pula, mereka dilihat berpelukan dengan penuh kasih sayang sambil berdiri dalam ukiran lukisan berbentuk hati di atas pasir.
“Pasangan paling romantis abad ini.”
“Seronoknya tengok cara pasangan ini menghargai usia perkahwinan dan perjalanan hidup mereka bersama, selama 30 tahun…Tak perlu bermewah2, cukup utk mereka zahirkan kebahagiaan dan kasih sayang dgn kata2 dan keikhlasan hati.”
Itu antara komen-komen yang netizen yang turut sama mendoakan agar pasangan ini kekal hingga ke syurga.
Baca Juga: Beri laluan kepada PRU 15, Jamal kecewa konsert ditunda
Baca Juga: Tol percuma DASH mulai tengah malam ini hingga 30 November