Patung lilin Chong Wei buat ‘penampilan sulung’ di Singapura

  • Post author:

“Aduh susah lah nak teka mana satu real ni?”

Itu antara komen netizen yang melihat patung lilin pemain legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei .

‘Klon’ Chong Wei itu telah dilancarkan secara rasmi di Madame Tussauds, Singapura.

Pengurus besar Madame Tussauds, Steve Chung berkata, pihaknya amat berbesar hati menjadi orang pertama yang membawakan patung lilin Chong Wei dan setanding dengan nama-nama tersohor dalam ‘Hall of Fame’ Sukan di Singapura.

Patung lilin pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali itu diperagakan dengan jersi tanpa lengan dan seluar pendek berwarna biru, beserta sepasang kasut biru dan hijau limau dengan raket di sebelah tangan.

Jersi itu adalah jersi yang sama dipakainya ketika Sukan Olimpik Rio 2016 yang menyaksikan dia meraih pingat perak ketiga dan terakhirnya di temasya terbesar dunia itu.

Sementara itu, Lee Chong Wei sendiri turut meluahkan kegembiraannya dan keterujaannya dapat melihat sendiri patung lilinnya menerusi satu perkongsian di Instagram beliau

Beliau turut berterima kasih kepada pihak Madame Tussauds kerana berjaya menghasilkan patung lilin buat dirinya.

Malah, Chong Wei yang juga bekas pemain nombor satu dunia itu tidak sabar untuk ‘bertemu’ dengan peminatnya dari seluruh dunia.

Ini kerana, peminat seluruh dunia dapat melihat ‘dirinya’ di Singapura sehingga suku pertama tahun 2023.

Selepas ini patung lilinnya akan dipindahkan ke Hong Kong.

Baca Juga:

Baca Juga: