Pelik tapi benar, lelaki masak ayam guna mesin pembancuh kopi

  • Post author:

Kadang-kadang dalam hidup ini, ada beberapa kejadian yang berlaku di luar pemikiran kita, sekali gus mengundang rasa pelik.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Alexander C baru-baru ini mendedahkan, dia memasukkan ayam mentah ke dalam mesin pembancuh air kopi di sebuah hotel untuk memasak hidangan makan malam.

Portal berita Daily Star melaporkan, lelaki berkenaan mendedahkan perbuatannya itu di laman pencari kerja iaitu LinkedIn yang memperincikan resipi dan kaedah-kaedah pembuatannya sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial.

Alexander berkongsi gambar yang menunjukkan campuran ayam, sekeping mentega dan beberapa perasa dimasukkan ke dalam mesin pembancuh kopi.

Ketika berkongsi imej-imej tersebut, dia menjelaskan tujuannya berbuat demikian.

Lelaki tersebut memutuskan untuk memasak hidangan itu yang lebih murah daripada restoran dengan menggunakan peralatan terhad di dalam sebuah hotel bagi menjimatkan wang syarikatnya, sekali gus menyebabkan dia tidak keluar dari bilik untuk makan malam. 

Dia turut mewajarkan tindakannya yang berjimat cermat dan menulis “Perkara kecillah yang membuat anda dinaikkan pangkat.”

Bagaimanapun, Emily Murnane yang merupakan seorang penulis dan pengarah komedi, berkongsi tangkap layar Alaxander dan membuat ciapan di Twitter dengan menulis: “LinkedIn benar-benar terbang di bawah radar sebagai platform media sosial yang paling tidak ‘waras’.”

Ciapan Murnane itu mendapat lebih 200,000 tanda suka dan lebih 24,000 diulang semula dengan seorang pengulas berkata: “Dipromosikan menjadi orang aneh, itulah yang terjadi.”

Seorang lagi pengulas memberikan pandangannya yang menyokong Alexander dengan menulis bahawa dia melakukan perbuatan itu untuk mempersendakan orang-orang korporat yang aneh di LinkedIn, sekali gus menunjukkan kepandaiannya.

Baca Juga: [VIDEO] Mainan anak dikatakan ‘berhantu’, wanita nekad buang patung itu

Baca Juga: VIDEO] Lenggok kucing ini buat netizen rasa seperti…