Pengurus buat hal, Khairul Aming mohon maaf

Tular mengenai isu pengurus Khairul Aming yang naik kepala dan buat permintaan macam-macam hingga memburukkan nama Khairul Aming kepada semua. Terbaru pemilik sambal nyet berapi memaklumkan sudah memecat pengurusnya itu.

Khairul Aming tampil memohon maaf di Twitter peribadinya mengenai hal yang telah dilakukan pengurusnya itu dan membuat keputusan sendiri untuk penambahbaikan.

“Saya dah buang semua nombor pengurus dari semua media sosial dan buat masa ini saya sendiri akan menguruskan semua pertanyaan sehingga jumpa pengganti baru

“Buat masa sekarang saya akan berhenti buat video untuk pelanggan, produk makanan, restoran atau seminar. Sata hanya mahu tumpukan kepada apa yang saya suka buat dari 7 tahun lepas, iaitu video memasak.”

Terkilan dengan apa yang berlaku, ramai sudah menasihatinya untuk asingkan persahabatan dan perniagaan dan dia sendiri setuju dengan nasihat tersebut.

Namun merekalah yang bersamanya ketika dia di bawah hingga dia berjaya di tahap sekarang namun akan memastikan semua maklumat di ambil dan akan melakukan tindakan yang perlu.

“Saya nak mohon maaf kepada semua pihak yang pernah berurusan dengan pengurus saya, dia adalah kawan saya dan saya sangat percayakannya untuk menguruskan kerha tanpa menyemak kualiti kerjanya.

“Hingga akhirnya ramai yang ada pengalaman buruk berurusan dengannya selama ini.

“Sekali lagi saya nak mohon maaf kepada semua pihak yang terlibat selama ini, saya banyak belajar hari ini dan saya akan cuba memperbaiki lagu untuk masa seterusnya. Terima kasih semua.”

Baca Juga: “Mampu ke nak taja kami semua?”, Rupanya ramai dah terkena dengan PA Khairul Aming bermulut puaka, kekwat

Baca Juga: Makan nasi guna kuku, netizen loya tekak lihat wanita ini