Pengurusan PN tidak sistematik, 70 petugas Masjid Tanah tukar parti

  • Post author:

Kecewa dengan pengurusan parti Perikatan Nasional yang dikatakan tidak sistematik, 70 petugas parti serah borang keahlian untuk sertai UMNO malam tadi.

Borang keahlian tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid yang juga bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lapor Kosmo.

Disebabkan kelemahan pengurusan PN, individu yang terdiri daripada anak muda berusia dalam dalam lingkungan 18 hingga 37 tahun membuat keputusan tersebut secara sukarela.

“Sudah pasti dia (keahlian baharu) memberikan keyakinan yang sangat tinggi khususnya kepada saya sendiri dan selebihnya parti yang mana anak-anak muda ini ingin bersama UMNO.

“Ada juga yang menyertai UMNO disebabkan faktor mahukan calon muda,” katanya.

Abdul Hakim, 37, yang juga merupakan Setiausaha Politik, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali adalah calon BN termuda di Melaka.

Baca Juga: Menang loteri, ada sebab kenapa lelaki ini pakai kostum ketika tuntut kemenangan

Baca Juga: Tinggalkan tawaran dan cara lama – Bagaimana bakal YB respons kepada ‘masyarakat CCTV’?