Berita sedih melanda warga industri muzik tanah air dan peminat muzik era 80-an hari ini apabila penyanyi, Aman Shah Abu Kassim, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2.15 petang tadi.
Allahyarham yang popular dengan lagu raya ‘Kepulangan Yang Dinanti’, menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun akibat masalah jantung
Memetik Astro Awani, anak sulung Allahyarham iaitu Hadzly, 43, memaklumkan bapanya dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak seminggu lalu.
Katanya lagi, jenazah bapanya akan dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras pada pukul 6 petang ini sebaik selesai dimandi dan dikafankan.
Menurut Hadzly, mana-mana kenalan atau ahli keluarga yang berhasrat untuk memberi penghormatan kepada Allahyarham bapanya boleh melakukannya di masjid berkenaan.
Baca juga: Fasa pertama Lebuhraya SUKE akan dibuka dalam masa terdekat
Baca juga: Dah tak kenal orang sangat, Pak Lah hidap demensia