Pesawat tentera Rusia terhempas di bangunan kediaman

  • Post author:

Tiga orang terkorban, manakala 19 lagi cedera selepas jet pejuang Su-34 Rusia terhempas di bandar Yeysk di wilayah Krasnodar, Rusia semalam.

Insiden malang itu dilaporkan Xinhua memetik agensi berita Tass.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, pesawat tersebut terhempas ketika menjalani latihan penerbangan dan juruterbang sempat keluar dengan selamat sebelum nahas.

Jet pejuang itu terhempas di bangunan kediaman dan mencetuskan kebakaran.

Menurut kementerian, punca nahas dipercayai akibat masalah teknikal di bahagian enjin jet.

Nahas itu menyebabkan sebahagian bangunan kediaman sembilan tingkat itu terbakar.

Menurut gabenor wilayah Krasnodar Veniamin Kondratiev, kerja-kerja menyelamat masih dijalankan.

Baca Juga: Demi PRU15, 7,700 anggota Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersiap sedia

Baca Juga: PGA patahkan penyeludupan 1,608 vape ke negara jiran