Dikenali sebagai presiden untuk persatuan single, penyanyi Najwa Latif selamat bergelar isteri kepada rakan duetnya, Akwa Arifin pagi tadi. Pasangan itu diijab kabul di dalam sebuah majlis tertutup di kampung halaman Najwa di Batu Pahat, Johor.
Najwa, 27, turut berkongsi berita tersebut menerusi Instagram dengan memuat naik foto di atas pelamin lapor Kosmo.
“Know-know kahwin… Alhamdulillah kami dah ‘grad’,” tulisnya.
Sementara itu, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa terkejut dengan berita gembira berkenaan bagaimanapun Najwa pernah memaklumkan di TikTok yang dia sedang mengenali hati budi seseorang.
“Presiden persatuan single dah kahwin! Tahniah Najwa dan suami. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.”
Pernah maklum dalam proses mengenal hati budi
“Saya sedang mengenal hati budi seseorang dan benda itu sudah cukup jelas (sudah berpunya).
“Saya tak mahu cakap lebih-lebih sebab masih belum berkahwin dan tidak manis sangat,” katanya.
Manakala, video TikTok Akwa yang memaparkan foto Najwa dan tertulis kapsyen seperti tidak sabar untuk bertemu dengan penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu menguatkan lagi khabar angin tersebut.
Baca Juga: Happy Amtasary Baby – Pasangan terhibur kedai salah eja anniversary, siap nyanyi lagu birthday pula
Baca Juga: Gara-gara baling telur pada Raja Charles, lelaki ini dilarang bawa telur di khalayak ramai