Siapa menyangka idea unik untuk mencetak resume di atas kek boleh membuat seorang itu tular. Wanita dari Amerika Syarikat itu berkongsi idea unik di LinkedIn mengenai pengalamannya memohon pekerjaan di Nike.
Karly Pavlinac Blackburn mahukan kelainan, dia tekad menghantar kek ke syarikat multinational barangan sukan, Nike lapor NDTV semalam.
“Beberapa minggu lalu, saya menghantar resume pekerjaan kepada Nike yang dicetak di atas sebiji kek yang boleh dimakan.
“Ia dihantar semasa Nike mengadakan majlis sambutan Hari Just Do It (JDI) yang dihadiri pemain terkemuka seperti LeBron James, Colin Kaepernick dan ramai lagi,” tulis Blackburn.
Mahu Nike lihat kesungguhannya memohon kerja
Walaupun Nike tidak membuka sebarang iklan jawatan buat masa ini, ia tidak menghalang Blackburn untuk membuktikan kesungguhan dirinya untuk diambil bekerja.
Sejurus selepas mendapat idea mencetak resume pada kek dan menemui rakan penghantar yang sanggup bekerjasama ‘menerjah’ parti tanpa sebarang jemputan, idea Blackburn akhirnya menjadi kenyataan.
Namun tiada penjelasan sama ada pihak pengurusan Nike menyedari atau tidak kehadiran kek resume yang dihantar Blackburn semasa parti tersebut.
Baca Juga: Bayi perempuan ditemui ditinggalkan dalam beg
Baca Juga: Pegawai KDN didakwa terima suapan lebih RM100,000 termasuk skuter XMAX