Sempat belanja RM180,000 lepas pecah masuk gudang, wanita mengandung antara ditahan

  • Post author:

Tak cukup pecah masuk sekali, satu kumpulan adik beradik dan dua warga tempatan mengundang padah apabila berjaya dikesan selepas pecah masuk gudang alat permainan untuk kali kedua malah mereka sempat belanja RM180,000.

Kejadian pecah masuk dikatakan berlaku tiga bulan. Bagaimanapun, usaha mereka untuk memecah masuk ke gudang yang sama buat kali kedua bulan lalu mengundang padah apabila kegiatan itu berjaya dikesan pemilik gudang tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, selepas mengesyaki pejabat di gudang tersebut dipecah masuk buat kali kedua, satu laporan polis dibuat kira-kira pukul 12.22 pagi pada 24 Oktober lalu lapor Kosmo.

Menurutnya, susulan laporan itu polis berjaya menahan dua daripada suspek berkenaan iaitu dua beradik yang masing-masing berusia 30 dan 25 tahun di sebuah rumah beberapa hari kemudian.

Antara barangan yang dirampas termasuk pakaian, pedang samurai, beg silang, telefon bimbit, pemutar skru dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.

Beritahu beliau, seorang lagi suspek iaitu isteri kepada suspek utama yang kini sedang mengandung lapan bulan turut ditahan tidak lama selepas itu bagi membantu siasatan.

Penangkapan dua beradik ini termasuk isteri suspek utama dipercayai bakal menyelesaikan dua kes aduan membabitkan kejadian pecah gudang dan kedai di sekitar Seberang Perai Tengah pada Julai dan Oktober lalu.

Tambah beliau, kesemua suspek kini direman sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Baca Juga: Serbuan di pusat hiburan, lima anggota polis antara yang ditahan

Baca Juga: ‘Ada bakat melukis bukan masalah mental’