Sering ditinggalkan masa temu janji, wanita minta wang deposit sebelum ‘dating’

  • Post author:

Pasangan selalu tidak munculkan diri masa keluar temu janji, wanita dari Amerika Syarikat tekad minta wang deposit daripada pasangan sebagai jaminan sekiranya ditinggalkan pada saat akhir.

Pekerja sosial itu dikatakan sudah penat ditinggalkan dan telah beberapa kali mengalami situasi tersebut.

Kejadian itu berlaku apabila seorang lelaki yang dikenali Sara menggunakan sebuah aplikasi janji temu terpaksa membatalkan pertemuan mereka sejam sebelum waktu yang ditetapkan.

Sara kemudian bersetuju untuk menjadualkan janji temu bersama lelaki itu pada tarikh lain dengan syarat dia membayar wang deposit melalui aplikasi perkhidmatan mudah alih, Venmo sebanyak AS$50 (RM231).

“Saya penat membazirkan masa dan tenaga. Dalam hampir setiap temu janji, apabila seseorang menjadualkan temu janji, mereka tidak mempunyai jaminan polisi tidak hadir atau deposit keselamatan,” katanya.

Lelaki itu bersetuju untuk menghantar wang kepadanya dan mereka kemudian bertemu untuk minum. Dia memberikan tumpuan sepanjang masa, membayar minuman dan membelikan makanan untuk mereka berkongsi.

Rakan-rakan wanita Sara menyokong tindakan itu manakala rakan lelakinya menganggapnya sebagai tidak masuk akal.

Baca Juga: Pemilik Kelantan FC mahu beri tanah kepada pemain terbaik sebagai bonus

Baca Juga: Rakyat diajak baiki sistem pentadbiran yang diubahsuai Umno untuk curi wang negara