Tak belajar dari Covid-19 ke? Pakar beri amaran, manusia spesis paling dungu jika masih makan daging kelawar

  • Post author:

Gara-gara seorang lelaki di Thailand mendakwa bahawa daging kelawar adalah baik untuk kesihatan, ia telah menarik perhatian seorang doktor pakar di negara itu yang memberi amaran berkenaan kenyataan tersebut.

Lelaki yang berusia 33 tahun itu merupakan seorang pemburu di bandar Sukhothai dan telah menjadi tajuk berita utama di Thailand selepas mendakwa bahawa perbuatan makan daging kelawar boleh membantu memulihkan tenaga.

Lapor Agensi, Somchai Wongpanat, 33, Somchai merupakan seorang kontraktor yang memburu tikus, kelawar, ular tedung dan sarang lebah pada masa lapangnya.

Dilaporkan, dari ribuan tangkapan kelawar yang dilakukannya, sebahagian dari binatang liar itu dimakan, manakala selebihnya dijual kepada penduduk tempatan.

Kelawar hidup itu dijual pada harga 100 baht (RM12) untuk satu kilogram.

Kata  Somchai, kari kelawar merupakan hidangan popular dalam kalangan pelanggannya. Dia turut menggesyorkan mereka mencicah daging kelawar dalam sejenis sos pencicah dinamakan nam jim.

Katanya lagi seperti dilapor Agensi, daging kelawar perlu sentiasa dimasak sebelum dimakan untuk tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, seorang doktor memaklumkan bahawa daging haiwan eksotik itu tidak boleh dimakan dalam apa jua keadaan kerana bahaya yang ditimbulkan terhadap kesihatan manusia.

Pakar di Jabatan Perubatan Universiti Chiang Mai, Dr. Rangsarit Kanchanawanit berkata, kelawar boleh memindahkan lebih 10,000 virus kepada manusia sekali gus berpotensi menyebarkan  pandemik dengan mudah.

Menurutnya, manusia tidak boleh memakan daging kelawar dan banyak spesies haiwan lain.

“Adakah manusia tidak belajar apa-apa? Sekiranya kita tidak belajar daripada tiga tahun lalu (pandemik Covid-19), maka manusia mungkin spesies yang paling dungu,” katanya.

Baca juga: Duduk dalam kegelapan selepas dibadai Taufan Ian, Florida hilang bekalan eletrik

Baca juga: Resume paling unik, wanita cetak atas kek dan hantar ke syarikat