Tak mahu gaduh di media sosial, Zarina buat laporan polis

  • Post author:

Zarina Anjoulie tidak lagi mahu menghabiskan masa dengan bergaduh di media sosial. Namun apabila tidak tahan difitnah dan diaibkan, dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, Zarina telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai pada jam 2.30 pagi, semalam.

Tambah Fazley, laporan tersebut merupakan rujukan kejadian berkenaan kepada peguamnya untuk tindakan saman sivil lapor Harian Metro.

Pada 12 Ogos lalu, Zarina memberitahu dia melihat satu hantaran video dalam Facebook yang didapati bertujuan untuk memalukan dan memfitnahnya

“Tujuan pengadu membuat laporan polis adalah untuk merujuk perkara itu kepada peguamnya dan untuk tindakan saman sivil.”

Ujar Fazley, kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Majistret (RKM) untuk tindakan saman sivil oleh pengadu terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan.

Terdahulu, Zarina Anjoulie memuat naik satu rakaman di hadapan IPD Nilai. Zarina mendakwa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun berkenaan.

Dakwanya, pemilik akaun berkenaan memuat naik beberapa video tanpa henti dengan tujuan untuk menaikkan jumlah tontonan dengan memalukan dan mengaibkannya.

Menurut Zarina, dia sudah memaklumkan perkara itu kepada pemilik akaun berkenaan, namun enggan menghentikannya sebelum dia mengambil keputusan untuk tidak bertelagah di media sosial dan mengambil tindakan melalui undang-undang.

“Anju mengambil keputusan untuk proceed (teruskan) tindakan saman dan sudah membuat laporan polis. Kita akan pasang peguam untuk mengambil tindakan.”

Baca Juga: “Video itu mereka rekod sendiri”, Michael Ang saran tengok Al Hijrah kalau tak suka aksi begini

Baca Juga: ‘B40 ramai anak pun kalau merempit, hisap dadah tak guna’, kualiti penting bukan setiap tahun beranak