Semakin ramai selebriti yang mula menceburi bidang politik dan ramai juga yang terlibat dengan kempen parti politik. Buat Adam Corrie, dia lebih selesa menjadi rakyat biasa dan tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.
Adam Corrie Lee Abdullah, 54, berkata, dia tidak terfikir untuk ke arah itu kerana mahu menjadi rakyat biasa dan memohon maaf kepada semua parti politik yang menghubunginya untuk mengajak berkempen lapor Kosmo.
“Minta maaf kepada parti-parti politik yang menghubungi saya mengajak untuk berkempen bagi parti mereka.
“Saya tak mahu terlibat dengan politik. Nak jadi rakyat biasa sahaja. Terima kasih,” Adam bagaimanpun tidak mendedahkan nama parti yang menghubunginya.
Pada PRU15, ada beberapa selebriti popular yang dilihat aktif dengan parti politik masing-masing seperti Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Hans Isaac dan EXCO Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Johor, Shahrol Shiro.
Baca Juga: Mahu beri tumpuan kepada anak dan keluarga, Jihan Muse rehat daripada kegiatan seni