Tak sabar nak sambut merdeka bersama, pasangan tunang ditahan dalam hotel masa ambang merdeka

Lagi dua bulan mahu mendirikan rumah tangga, namun pasangan muda ini tidak sabar untuk duduk bersama dalam hotel selepas mereka ditahan di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani selepas menyambut Hari Kemerdekaan bersama.

Gadis tersebut yang baru berusia 19 tahun dikatakan mengambil cuti sakit semata-mata mahu meraikan sambutan kemerdekaan bersama tunang yang berusia 23 tahun.

Pasangan yang mendakwa sudah dua tahun bertunang tersebut berasal dari Serdang, Kulim dekat sini dan bekerja sebagai operator pengeluaran.

Mereka ditahan dalam Ops Ambang Merdeka yang dijalankan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Skuad Badar kira-kira pukul 1 pagi semalam.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail berkata, operasi dilakukan bermula pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi tadi lapor Kosmo.

“Kita menahan seramai lima pasangan berusia antara 19 tahun hingga lingkungan 40-an dan mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk laporan tangkapan,” katanya.

Baca Juga: Majikan tak bayar gaji sampai RM5,000, warga pakistan ditahan curi motosikal sebab tak puas hati

Baca Juga: Mahathir sah positif Covid-19