Tanah runtuh Venezuela: 22 maut, 50 hilang

  • Post author:

Sekurang-kurangnya 22 maut, manakala lebih 50 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di Venezuela, semalam.

Tanah runtuh itu berlaku disebabkan limpahan sungai kerana hujan lebat melanda bandar itu.

Bercakap kepada media tempatan, Naib Presiden, Delcy Rodriguez, berkata kerosakan ketara berlaku di lokasi terjejas, selain memaklumkan sudah menemui 22 mangsa yang maut.

Beliau berkata, lebih 52 mangsa dilaporkan masih hilang dan pihak berkuasa juga sedang giat mencari mereka.

“Rumah dan premis perniagaan musnah, manakala pokok tumbang di jalan bandar yang dilitupi lumpur dan serpihan, termasuk kayu, barangan rumah dan kereta remuk,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Carmen Melendez, 55, yang menetap di bandar dengan jarak 50 kilometer dari ibu negara Caracas, Aragua, menggambarkan Las Tejerias ‘musnah’ akibat bencana berkenaan.

Menteri Dalam Negeri dan Kehakiman, Remigio Ceballos pula memberitahu, hampir seribu orang ramai, termasuk beliau menyertai usaha mencari dan menyelamat (SAR).

Tanah runtuh berlaku susulan banjir sungai terbesar di kawasan itu dalam tempoh 30 tahun, selain menjadi yang terburuk di Venezuela tahun ini, menyaksikan taburan hujan paling tinggi sejak beberapa bulan lalu.

Baca Juga: Sesi ujian migrasi MRT laluan Putrajaya fasa 2 bermula esok

Baca Juga: Ramai sebak tengok usaha ayah ini nak gembirakan anaknya