Entah kandungan apa yang dilihat remaja ini sampai sanggup merogol seorang gadis bawah umur, tidak hanya itugadis tersebut terpaksa menahan sakit dirogol bukan hanya seorang tapi lapan remaja, Kesemua mereka bakal berdepan 18 pertuduhan di mahkamah, Selasa ini.
Malah ada dalam kalangan remaja ini bakal berdepan dua hingga tiga pertuduhan secara berasingan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan lapor Utusan.
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tujuh remaja berkenaan yang masih berada dalam kategori kanak-kanak dituduh di Mahkamah Majistret Kota Bharu.
“Seorang lagi tertuduh yang berusia 18 tahun semasa kejadian dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Majistret Mohd. Fauzan Mohd. Suhairi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohd. Ismail Jamaluddin ketika hubungi berkata, penahanan kesemua suspek dibuat selepas laporan berkait kes rogol membabitkan mangsa berusia 14 tahun yang diterima pada Ahad lalu.
Diharapkan ibu bapa memantau kandungan yang dilihat anak dan juga pengaruh rakan sebaya yang boleh menyebabkan rosaknya anak anda nanti.
Baca Juga: “Time mencarut clear pulak sebutan Ratu’ – Tak habis-habis ulang sebut benda sendiri
Baca Juga: Anak muda diberi ingatan, jangan sampai mereka terpaksa keluar negara untuk mencari pekerjaan