Tindakan dilakukan dua rider ini kepada warga emas, buat netizen nak mengalir air mata

  • Post author:

Menolong antara satu sama lain adalah satu amalan mulia dan terpuji, apatah lagi membantu golongan yang memerlukan.

Dengan menolong orang, secara tidak langsung ia turut menghubungkan kita dengan orang lain, sekali gus mewujudkan suasana bermasyarkat yang harmoni.

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan dua penunggang motosikal, yang juga penghantar makanan Grab Food dan Foodpanda di atas jalan.

Menariknya, dengan hanya menunggang motosikal, kedua-dua mereka kelihatan mengekori langkah seorang warga emas untuk melintas jalan.

Mereka dilihat membantu warga emas itu sehingga dapat melintas dengan selamat.

 

Rata-rata netizen yang melihat video itu cukup tersentuh dengan tindakan dua pemuda berkenaan.

Situasi ini membuatkan air mata saya mengalir… inilah keindahan negara bernama Malaysia..

“Sangat menyentuh hati saya… awak semua adalah hero dalam hati kami!”

Kredit video: gegar.my

Baca Juga: Roller coaster tergelincir landasan, lelaki cedera parah akibat tercampak

Baca Juga: PRU-15: PH Johor umum senarai calon 3 November