Ubah fikiran saat akhir, pasangan ditahan ketika cuba ambil semula bayi yang dibuang

  • Post author:

Setelah lama berfikir, sepasang kekasih di Indonesia akhirnya ubah fikiran dan cuba mengambil semula anak yang dibuang dihadapan rumah orang yang tak dikenali selepas timbul rasa bersalah. Namun tindakan itu akhirnya membawa kepada penangkapan pasangan tersebut.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Jalan Mawar, Siantar Barat, Indonesia pada Sabtu lalu. Aha (lelaki) dan SM (wanita) dicekup ketika mereka datang kembali ke rumah berkenaan untuk mengambil bayi perempuan yang diletakkan di dalam kotak lapor OkeNews.

Pasangan tersebut berjaya ditangkap kerana laporan yang diberikan penduduk kampung. Siasatan awal juga mendapati kedua-dua individu itu mengaku bayi yang diletakkan di hadapan rumah berikut adalah hasil hubungan terlarang mereka.

Menurut Ketua Polis Pematang Siantar AKBP Fernando, SM memaklumkan bayi itu dilahirkan di bilik rumahnya di Kecamatan Pematang Sidamanik tanpa pengetahuan sesiapa.

Walau bagaimanapun, pasangan itu mengaku rasa bersalah dengan perbuatan mereka dan datang kembali untuk mengambil bayi yang telah dibuang.

Baca Juga: Risau adik terjatuh, kucing ini jadi ‘penyelamat’, netizen tersentuh lihat apa yang kucing itu buat

Baca Juga: ‘Jangan nanti anak belum sunat dah kena dialisis’