Siapa sahaja yang tak pernah dengar lagu Tercipta Untukku, lagu jiwang buat budak sekolah zaman 2005 untuk meluahkan rasa sayang kepada kekasih. Kini kumpulan dari seberang itu bakal mengadakan konsert pada 18 November ini.
Tidak hanya satu malam sahaja, Ungu bakal menambah lagi satu hari untuk konsert selepas mendapat sambutan hebat daripada peminat di Malaysia
Penganjur Ungu’s 26th Anniversary Live in Malaysia, Star Planet berkata, sebanyak 85 peratus tiket untuk konsert malam pertama telah terjual dalam tempoh hanya satu jam dan permintaan semakin meningkat.
“Tidak sampai sejam setelah penjualan tiket dilancarkan pada 30 Ogos lalu, lebih 85 peratus tiket habis dijual. Kami amat berbesar hati dan mengharapkan dengan penambahan persembahan kedua Ungu ini dapat menggembirakan semua peminat-peminat Ungu.
“Bagi tiket konsert malam kedua pada 19 November, pembelian boleh dibuat secara dalam talian bermula 7 September,” katanya menerusi satu kenyataan.
Konsert tersebut akan diadakan pada 18 dan 19 November depan di STAR Convention and Exhibition Centre, Menara PGRM di Kuala Lumpur.
Baca Juga: Tak puas hati dengan konsert Billie Eilish, ada 9 lagi konsert akan menyusul hingga hujung 2022