Mengurus pesakit terlantar bukannya mudah. Ada si isteri dalam usia emas terpaksa menguruskan suami yang terlantar di katil bertahun-tahun.
Ada juga ibu tunggal yang perlu 24 jam menjaga anak terlantar sejak lahir. Keadaan bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila hidup susah dengan pendapatan terhad.
Berikut tiga filem atau telefilem yang mengangkat tema cabaran care-giver yang dapat meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepayahan sebenar menjaga pesakit terlantar:
The Father (2020)
Filem bergenre drama yang disutradarai oleh Florian Zeller ini berkisar tentang bagaimana anak menyantuni bapa berpenyakit dementia.
Lakonan mantap Anthony Hopkins yang merupakan pemenang Academy Awards dengan durasi 1 jam 37 minit ini menyaksikan cabaran Anne (Olivia Colman) mengurus ayahnya yang mengalami penurunan daya ingatan.
Anne sudah beberapa kali mengambil penjaga untuk menemani dan merawat ayahnya tetapi Anthony selalu berkeras menolak dengan pelbagai alasan.
Anthony kerap bingung dengan dirinya sendiri dan orang di sekitarnya. Dia sering salah mengenali orang hingga lupa waktu.
Bagaimana Anne terus mempunyai kesabaran tinggi dan apa motivasi yang dimiliki untuk terus ssabar mengurus ayahnya?
Ordinary Love (2019)
Filem yang melukiskan cabaran kehidupan yang terpaksa ditempuhi pasangan suami isteri di tengah badai diagnosis kanser payudara si isteri.
Si suami, Tom Thompson tetap sabar dan penuh kasih sayang mengurus isterinya, Joan yang menderita kanser tahap kritikal.
Namun, konflik antara mereka beberapa kali tercetus. Antaranya, Tom dan Joan berbeza pendapat selepas pembedahan membuang kanser apabila Joan tetap harus menjalani kemoterapi.
Filem ini juga membangkitkan kesedaran bagaimana menjaga pesakit kanser yang antaranya muntah luar biasa, rambut keguguran bahkan sering lupa mengambil ubat.
Berakhir tragis, penonton pastinya terkesan dengan emosi Tom apabila Joan kemudiannya tewas dari penyakitnya.
Still Alice (2014)
Filem ini bercerita tentang perjuangan seorang pensyarah linguistik bernama Alice dalam melawan menyakit Alzheimer yang dideritanya selepas ulan tahun kelahiranya yang ke-50.
Karya ini adalah adaptasi novel berjudul sama yang diiktiraf meraih jualan terbaik pada tahun 2007 buah tangan Lisa Genova.
Berdurasi 1 jam 41 minit, filem ini menyedarkan audiens bahawa nyanyuk juga tidak terkecuali dihidapi golongan seawal usia 50 tahun akibat faktor keturunan.
Penyakit Alice sudah diketahui oleh suami dan anak-anaknya. Namun bagi Alice, mengidap Alzheimer memang sangat menyusahkan.
Dia malah kalau boleh biar menghidap kanser daripada Alzheimer kerana tidak mahu melupakan segala kenangannya.