Cemas, itulah yang di alami 12 murid sekolah apabila van sekolah yang dinaiki terbabas selepas terlibat dalam kemalangan 2 petang semalam. Kejadian berlaku di kilometer (KM) 6.7 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).
Sebuah van jenis Nissan Venette dipandu seorang lelaki tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas. Kejadian menyebabkan pemandunya patah kaki kiri.
Manakala 12 murid mengalami pelbagai kecederaan termasuk patah kaki, luka di muka dan patah bahu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku apabila van berkenaan dalam perjalanan dari arah Kajang menghala ke Tol Ayer Hitam.
“Pemandu van bersama 12 murid berusia antara 8 hingga 16 tahun itu kemudian di bawa ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Saya difahamkan enam daripada murid berkenaan telah diberikan rawatan pesakit luar dan telah dibenarkan pulang,” katanya ketika dihubungi Kosmo.
Baca Juga: Padah berlabuh tanpa kebenaran, kapal ini ditahan Maritim
Baca Juga: Perodua Myvi dipandu wanita 75 tahun rempuh pasaraya sebelum hilang kawalan