Video budak berpaut belakang lori kini tular di Indonesia

  • Post author:

Seperti kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri.

Telatah kanak-kanak ini pastinya mencuit hati, memandangkan mereka masih lagi dalam fasa ingin mencuba perkara baharu.

Tak sah lah kan kalau sehari tiada perkara mereka lakukan yang kadang-kadang mendebarkan kita.

Macam sebuah klip video tular di media sosial Indonesia baru-baru ini, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berpaut di pintu belakang sebuah lori yang dipandu laju di jalan raya.

Menurut laman berita Detik, aksi kanak-kanak itu menimbulkan kebimbangan netizen yang menonton atau menyaksikan kejadian tersebut secara langsung di jalan tol yang dikenali sebagai Tol Priok.

Ketua Unit Rondaan Lebuh Raya Metro Jaya, Sutikno memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku pada petang Jumaat lalu.

“Ia berlaku di jalan tol Wiyoyo Wiyono dari Priok ke Ancol,” katanya.

Polis kini menyiasat kejadian itu menerusi rakaman sistem televisyen tertutup (CCTV) di lokasi kejadian untuk mengetahui identiti budak lelaki itu.

Menurut Sutikno, kejadian itu tidak ada kaitan dengan jenayah kecurian.

Baca Juga:

Baca Juga: