[VIDEO] Steady pakcik! ‘Lip sync’ lagu Swipe dapat 4.8 juta tontonan!

  • Post author:

Lagu Swipe nyanyian Alyph atau nama sebenarnya Alif Abdullah kini bak fenomena apabila ianya menjadi trending di media sosial.

Kebiasaannya, anak muda akan menggunakan lagu tersebut sebagai ‘content’ untuk mengikuti trending di TikTok.

Apa yang menariknya, baru-baru ini lagu itu turut mendapat perhatian daripada golongan berusia di Indonesia.

Aksi pakcik itu membuat ‘lip-sync’ atau gerak mulut menggunakan lagu Swipe, tidak ubah seperti anak-anak muda masa kini.

 

Video yang dimuat naik di TikTok @babehojol itu turut dihujani pelbagai komen yang menghiburkan hati, malah sikap sporting pakcik itu sememangnya mengagumkan netizen.

“Kalah la korg dgn pakcik ni!,”

“Steady ah pakcik! Pakcik lebih pandai dari saya yang muda tak seberapa ni,”

“Pakcik ni pun pandai jugak taw.. ingat korang je ke!” seloroh seorang netizen.

Setakat ini, video tersebut meraih 4.8 juta tontonan, 327,000 tanda suka dan 7,051 perkongsian.

Baca Juga: [VIDEO] “Abang pulak dance,” gelagat comel Hayder buat ramai netizen tak kering gusi

Baca Juga: [VIDEO] Biri-biri di utara China pusing kandang selama 12 hari tanpa henti