Bimbang dengan isu wanita berpakaian seperti lelaki, apatah lagi timbul kes wanita memakai ihram di Makkah. Pengkid kini berada di bawah salah satu seksyen baru diwujudkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, hari ini.
Selain itu, tiga lagi seksyen baharu lain adalah kesalahan perempuan berlagak seperti lelaki (pengkid), hamil atau melahirkan anak luar nikah dan persediaan melakukan liwat.
Amalan perbomohan dan sihir juga antara empat seksyen baharu yang diwujudkan lapor Utusan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat berkata, enakmen itu diluluskan untuk memperkukuhkan lagi perundangan syariah di negeri ini.
“Enakmen tersebut akan mula dilaksanakan setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.”
Menurut beliau, pindaan enakmen itu sangat tepat pada masanya memandangkan lebih 20 tahun ia digubal dan kali terakhir pindaan dibuat adalah pada tahun 2016 iaitu hanya melibatkan lima seksyen sahaja.
“Empat seksyen baharu yang diwujudkan dalam enakmen itu melibatkan kesalahan perbomohan dan sihir, hamil atau melahirkan anak luar nikah, perempuan berlagak seperti lelaki (pengkid) dan persediaan melakukan liwat.
“Beberapa penambahbaikan yang dibuat antaranya memaksimumkan hukuman berdasarkan peruntukan 356 iaitu tiga tahun penjara, denda RM5000 dan enam sebatan.”
Satu unit khas telah ditubuhkan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk memantau umat Islam bagi mendapatkan rawatan alternatif yang tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Di zaman ini bukan lelaki sahaja yang berani berpakaian seperti wanita malah wanita juga berani secara terang-terangan berlagak seperti lelaki.
“Dengan pelaksanaan hukuman itu nanti, kerajaan negeri berharap rakyat Terengganu akan mematuhi perundangan Islam selaras matlamat menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera,” katanya.
Baca Juga: Tercekik pin papan notis, kanak-kanak 5 tahun temui ajal
Baca Juga: Tak puas hati gambar dirakam, lelaki tendang jurugambar selepas keluar dari kandang mahkamah